First time hamil, banyak perkara yang tak tahu. Alhamdulillah ada mama dan kakak yang banyak membantu memberi info serta nasihat bagaimana untuk menjaga kandungan. Selain itu, kawan-kawan turut memberi tips mengenai pengambilan suplemen yang penting.
Pemakanan Ketika Hamil
Awal trimester pertama, saya kurang selera makan. Saya tak berselera untuk makan nasi. Saya lebih suka makan Quaker Oat dan biskut jagung (Cream Craker). Bila dah masuk trimester kedua barulah berselera. Masa tulah mula makan banyak. Mama berpesan supaya minum susu setiap hari. Itu tak menjadi masalah kerana susu memang minuman kegemaran saya sejak kecil. Mama juga berpesan supaya makan telur selain dari ayam dan ikan. Saya juga dinasihatkan agar banyak mengambil buah-buahan.
Pantang Ketika Hamil
Amalan berpantang berbeza mengikut kaum. Bagi mama yang berketurunan Yunan, dia tidak mengambil makanan yang nature nya sejuk seperti tauge, timun dan tembikai dan juga makanan yang nature nya panas seperti durian. Makanan yang bergetah seperti mempelam juga tidak dimakan. Kakak saya cakap, air kelapa muda dan tebu berbisa dan bahaya untuk kandungan. Tetapi setelah usia kandungan mencapai 7 bulan, air kelapa muda bagus untuk mengurangkan kerak pada kepala bayi, dan ketika ini durian juga boleh dimakan. Bagi saya yang ‘hantu’ durian ni, sedihnya rasa kalau hamil time musim durian. Tak merasa la jawabnya :( Tapi, Alhamdulillah masa first time hamil dulu sempat makan durian. Ada sekali tu, saya meminta suami membelikan durian. Dia pun belilah selonggok. Lebih kurang 5 biji jugak kot. Dalam banyak-banyak tu, hanya seulas jer yang dimakan oleh suami. Yang selebihnya, saya habiskan. Bestnyer… Selain dari itu, apa yang bahaya untuk kandungan adalah nenas. Kalau hamil, memang tak berani nak makan nenas. Walaupun kekadang ada juga rasa terliur.. tapi, demi menjaga kandungan, tahan jer la..
Amalan Ketika Hamil
Didikan anak boleh diberi seawal usia mereka berada di dalam kandungan. Mereka boleh mendengar suara kita ketika berusia 15 minggu. Oleh itu, seeloknya kita perdengarkan bacaan Quran dan alunkan zikir buat mereka selain mendendangkan nasyid islamik. Antara surah-surah yang selalu saya baca ketika hamil ialah surah Maryam, Luqman, Yusuf, Taubah dan Yaasin. Selain itu, saya selalu pasang MP3 nasyid. Alhamdulillah, bila diamalkan dan diperkenankan Allah, anak yang dilahirkan comel, cerdik dan baik. Syukur Alhamdulillah… segalanya ketentuan dari Allah.
Wassalam..
Najdah Mohammed Hussain
Jun 10, 2008
10:30am
No comments:
Post a Comment