Wednesday, August 20, 2008

Outing Di Awana Kijal

Setiap tahun, syarikat tempat suami saya bekerja mengadakan Annual Family Outing selama 3 hari 2 malam untuk semua staf di mana-mana tempat peranginan. Tahun ni kami ke Awana Kijal. Ini adalah kali ke dua kami ke sana. First time masa baru kahwin dulu. Dapat jugak merasa ‘Honey Moon’ free (“,).

Kereta Atau Bas

Kira-kira sebulan sebelum ke sana, kami perlu memilih samada untuk menaiki kereta atau bas yang disediakan. Banyak juga yang perlu dipertimbangkan - kos pengangkutan, keselesaan anak-anak dan keselesaan saya yang sedang hamil. Akhirnya kami memutuskan untuk menaiki bas. Bukan saja dapat menjimatkan kos, malah kami dapat menimba pengalaman serta merapatkan hubungan sesama staf. Alhamdulillah perjalanan amat lancar. Anak-anak tidak banyak meragam dan saya pun tak mempunyai apa-apa masalah.

Perjalanan Ke Kijal, Kemaman


15 Ogos 2008, semua staf yang menaiki bas berkumpul di hadapan bangunan MNRB Holdings seawal jam 7am. Ramai juga yang menaiki bas, hinggakan ada 5 buah bas kesemuanya. Tapi suami kata, yang naik kereta lagi ramai. Kami sekeluarga menaiki Coach 5, iaitu bas terakhir. Kira-kira jam 8am, perjalanan pun bermula.

Lunch Di Teluk Chempedak

Tengahari kami stop untuk lunch dekat Teluk Chempedak. Cantik juga pemandangan di tepi pantai ni. Tapi, tak sempat nak bersiar-siar sebab nak cepat-cepat sampai ke Awana untuk check-in.

Welcome ‘Dance’

Kami tiba di Awana Kijal pada jam 2.45pm. Setibanya kami di sana, kami disambut dengan tepukan gendang dan sedikit tarian. Senyuman yang terukir di wajah setiap staf hotel yang menyambut kami menghilangkan rasa penat menaiki bas. Terima kasih buat staf-staf Awana Kijal di atas sambutan yang diberikan.

Makan-makan Durian

Musim durian ni, tak kenalah kalau tak makan durian kan. Kira-kira jam 5pm, sesiapa yang nak merasa durian, bolehlah ke tepi pantai. Tapi, disebabkan terlalu letih, saya tak turun. Suami jelah yang turun. Dia memang suka meninjau kawasan hotel sambil mencari pemandangan menarik untuk ambil gambar kenangan. Sambil tu, dapat juga dia ambil beberapa ulas durian untuk saya yang sememangnya kaki durian ni (“,).

Tele-Match

Hari ke dua, pelbagai acara menarik diadakan. Antaranya adalah tele-match kanak-kanak dan dewasa. Buat pertama kalinya Aisyah join pertandingan. Seronok juga bila tengok dia bermain acara Membawa Bola Dalam Sudu dan Mencari Gula-gula (kategori 4-6 tahun). Yang lebih menyeronokkan, macam-macam gelagat yang ada. Pagi tu, dapatlah 2 hadiah untuk Aisyah.

Berbaris menunggu giliran dalam acara Membawa Bola Dalam Sudu (4-6 tahun) - Kumpulan Hijau


Giliran Aisyah membawa bola


Mendapat hadiah tempat ke dua dalam acara Membawa Bola Dalam Sudu

Bermain dalam acara Mencari Gula-gula (menang tempat pertama)

Coloring & Batik Chanting Contest

Petang tu pulak, ada Coloring Contest untuk kanak-kanak dan Batik Chanting Contest untuk family. Aisyah memang suka mewarna, so saya suruh lah dia join kategori 4-7 tahun. Tak sangka pulak dia boleh menang tempat ke 13 daripada 15. Kira ok la tu coz yang join tu ramai yang lebih tua dari dia. Dapat lagi hadiah. Seronok dia hari tu.

Swimming Pool

Tempat yang paling menarik minat kanak-kanak selain playground, swimming pool la, apa lagi. Tak henti-henti Aisyah dan Amal minta ‘papa’ bawa mereka ke swimming pool. Anis pun suka bila dapat ikut sekali. Seronok la dia dapat duduk dalam pelampung (tak sempat ambil gambar Anis).

Amal dengan pelampungnya

Aisyah menjadi peronda swimming pool.. he..he..

Balik Daah..

17 Ogos 2008, habis jer breakfast, bergambar kenangan la jap. Bila lagi kan.. Pastu terus berkumpul untuk menaiki bas balik ke KL. Sempat juga beli set mewarna batik untuk Aisyah coz masa contest hari tu saya dan Amal jer yang buat, dia tak sempat. Tapi tak menang pun. Color pun ala kadar jer, sibuk melayan Amal. Kesian pulak kat Aisyah, tak dapat buat. Mahal jugak satu set tu. Tapi bila difikirkan, kalau tak beli kat situ, nak beli kat mana lagi. Rasanya kat tempat lain takde jual kot. Tak apa lah, anak nak belajar.. Lebih kurang jam 10.30am, kami bertolak balik ke KL. Singgah kat Kuala Kemaman jap untuk beli keropok. Lebih kurang jam 4pm, sampai la kat bangunan MNRB. Sampai KL daah.. Seronok juga Aisyah dan Amal naik bas. Mereka siap tanya lagi bila pulak nak naik bas. Insya Allah next year la pulak. Kat bawah ni ada beberapa gambar kenangan.

Besarnya cawan Anis.. air buah gelas besar ker tu? (",)

Jom kita main Dam Ular 'bapak'

Amal punya turn.. hm..nak letak kat mana yer..

Jom kita main Giant Chess

Family Photo

"Bergendang mari bergendang.."

Ni lah antara gambar yang dapat disertakan dalam coretan kali ni. Seronok bila sekali sekala dapat bawa anak-anak pergi bercuti. Tapi yang paling seronok, bila dapat pulang ke kampung menziarahi ibu bapa kami.

Wassalam..
Najdah Mohammed Hussain
Ogos 20, 2008
11.43am

No comments:

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers