Saturday, September 27, 2008

Tiga Chef Kecik

Dah dekat nak raya baru rasa nak buat biskut. Awal Ramadhan hari tu cam malas jer nak buat. Maklumlah… nak buat takut ada yang join sekaki. Tapi bila dah start buat, cam seronok la pulak. Rasa cam budak-budak balik. Dulu masa budak-budak, time Ramadhan jer mulalah menyibuk nak buat biskut. Agaknya budak-budak memang macam tu, suka buat apa yang orang dewasa buat. Apatah lagi buat biskut ni memang menyeronokkan.

Kena Bagi Warning

Hasratnya nak buat biskut time semua anak-anak tidur. Tapi, alamatnya tengah malam la baru boleh buat. Nak tak nak, kena buat pagi jugak. First tu risau jugak. Takut nanti ada yang merosakkan ‘program’. Tapi syukur Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Setakat ni dah tujuh jenis biskut yang berjaya dibuat. Tapi yang simple jer la…

Syukur Aisyah dan Amal dengar cakap. Bila kena warning, diorang tak kacau apa-apa, sekadar memerhati dan bertanya pelbagai soalan walaupun pada hakikatnya diorang tak sabar-sabar nak buat sama. Anis pun Alhamdulillah takder problem coz sibuk sepahkan toy dan main kejar-kejar ngan ‘cece-cece’ dia. Cuma sesekali ada jugak dia jenguk ke dapur, nak join sama.

Latih Dari Kecik

Sebelum ni, tak pernah bagi pun Aisyah dan Amal buat sama, takut membazir. Tau sajer lah, budak-budak kan suka main. Tapi bila difikirkan balik, ada baiknya train dia dari kecik. Pupuk minat dari sekarang. Mudah-mudahan bila dah besar nanti rajin masuk dapur. Lagipun, bukannya tak boleh ajar betul-betul. Bila dah siap masak, tentu diorang seronok coz boleh makan hasil titik peluh sendiri. So, pagi tadi, janji dengan Aisyah nak ajak dia sekali. Tak sabar-sabar dia nak buat. Seronok dia bila dapat buat biskut. First time seumur hidup…

Bantu di Dapur


Nilah untungnya dapat anak perempuan, boleh bantu di dapur. Alhamdulillah Aisyah bila dah ajar dia boleh buat. Dia ikut apa yang kita ajar. Tapi Amal la problem sikit. Dia ikut, tapi tak macam Aisyah la. Dia suka main-main. Tapi senang jer nak handle, bagi jer dia secubit adunan tu, pastu dia gentel la puas-puas. But of course la yang dia dah gentel tu takleh buat makan. Sekadar puaskan hati dia sebab boleh buat sama. Takder lah dia jeles ngan Aisyah.

Gembira Tengok Anak-anak

Rasa seronok dan gembira bila tengok Aisyah dan Amal sama-sama buat biskut. Happy jer diorang duk gulung biskut tu. Walaupun ada jugak yang tak menjadi, tapi rasanya berbaloi bila tengok gelagat diorang, bagaikan chef kecik lagaknya. Anis pulak tukang jaga biskut dalam oven (“,).


Jadilah aktiviti kitorang hari ni, sama-sama buat biskut. Letih sekali…


Wassalam…
Najdah MH
September 24, 2008
4.40pm


No comments:

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers