Wednesday, October 1, 2008

Sambutan Syawal Tiga Zaman


Sedar tak sedar, Ramadhan telah pun berlalu. Kini, Syawal pula menjelang tiba. Kanak-kanak gembira bermain mercun dan bunga api. Anak-anak di perantauan pulang ke desa menziarahi ayah bonda (termasuklah saya dan husband). Anak-anak seronok dapat balik kampung berjumpa dengan datuk nenek. Seronoknya berkumpul ramai-ramai macam ni. Time raya jer lah boleh berkumpul ramai-ramai. Time lain cuti tak sama. So, masa nilah peluang untuk saling bermaaf-maafan sesama keluarga sambil mengeratkan lagi silaturrahim.

Zaman Kanak-kanak Dulu

Masa kecik-kecik dulu, seronok bila tiba hari raya. Boleh ikut tete (panggilan untuk ayah dalam bahasa kantonis) dan mama pergi beraya rumah family dan kawan. Macam-macam biskut dan makanan yang ada. Paling best sekali, kalau ada tapai. Kekadang tu, sanggup tak minum air gas semata-mata nak makan tapai. Tak sah raya kalau takder tapai. Selain tu, yang paling seronok kalau dapat makan nasi himpit dengan kuah kacang… my favorite. Tak lengkap rasanya raya kalau takder semua tu. Dulu, malam raya mama mesti berjaga malam untuk masak rendang. Kesian pulak bila teringat balik…

Rutin Di Pagi Raya

Pagi raya, selesai jer breakfast, tete dan dua orang abang bersiap-siap ke masjid untuk solat sunat raya. Mama, dua orang kakak dan saya pula siapkan bekalan kuih untuk diberi pada keluarga. Lepas tu, kami bersiap untuk ke rumah family dan kawan. Sebelum keluar, kami lima beradik bersalaman dulu dengan tete dan mama sambil mohon kemaafan atas segala salah dan silap. Dapat la duit raya. Masa budak-budak dulu seronok la bila dapat duit raya. Lepas tu, kami bersalaman sesama sendiri. Selesai jer semua tu, kami pun ke rumah datuk dan sanak sedara yang lain.

Zaman Remaja

Bila dah besar sikit, saya dan kakak ikut sekali untuk solat sunat raya di masjid. Itu pun kalau semua persiapan untuk ke rumah family dan beres. Masa tu, seronok jugak bila dapat ziarah family. Tapi, time nak balik jer mesti rasa malu sebab walaupun dah besar, dah masuk U, masih lagi dapat duit raya. Kadang tu rasa macam nak lari jer. Diorang cakap, selagi tak kahwin, selagi tu akan dapat ‘angpau’ (tradisi cina la). Nampak gayanya, kena kahwin awal laa (“,) …

Zaman Dewasa

Bila dah dewasa ni, dah faham erti sebenar raya, sambutan raya pun dah tak macam dulu. Seronok bila dapat berjumpa dengan family, tapi dalam masa yang sama rasa sedih sebab Ramadhan dah berlalu. Peluang untuk dapat pahala berganda dah pun habis. Tunggu tahun depan la pulak. Itu pun kalau panjang umur. Mudah-mudahan sempat la berjumpa Ramadhan akan datang…


Wassalam…
Najdah MH
Ogos 25, 2008
5.56pm


Salam 'Idul Fitri buat husband tercinta serta kaum keluarga dan sahabat handai walau di mana jua anda berada. Maafkan segala salah dan silap serta halalkanlah makan dan minum. Di musim perayaan ni, berhati-hatilah drive yer... moga selamat di dalam perjalanan...

No comments:

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers