Monday, October 5, 2009

Open House

Alhamdulillah pada sabtu lepas (3 October 2009 bersamaan 14 Syawal 1430) kami berjaya mengadakan Open House di kediaman kami dan Alhamdulillah juga ramai di kalangan keluarga dan sahabat handai yang dapat hadir.

Sebenarnya sudah menjadi kebiasaan kami untuk mengadakan Open House tiap kali Syawal, cuma bezanya pada tahun-tahun lepas kami hanya menjemput sahabat handai yang tinggal berdekatan memandangkan rumah kami kecil dan dikhuatiri tidak muat untuk menerima kunjungan tetamu yang ramai.

Tapi tahun ni, kami buat keputusan untuk menjemput semua sahabat handai kami dari serata pelusuk KL. Biarlah rumah kami sesak sikit hari tu, yang penting dapat berjumpa dan dapat merapatkan lagi ukhuwwah antara kami.

Cuma kesian pada beberapa kenalan kami yang terpaksa makan di depan pintu kerana tak cukup tempat duduk di ruang tamu.... alahai... kesiannyer... nak kena kumpul duit cepat-cepat untuk beli rumah besar sikit ni...

Menu Open House kali ni - mee bandung, spaghetti, satay Hj Samuri, chocolate muffin, kek batik, jelly dan pineapple tart (Alhamdulillah semua dapat masak sendiri kecuali satay dan tart)

ayah saudara serta isteri dan anak menantu dan cucu-cucunya

sahabat CA, Fadhil dan Asma serta anak-anak

sahabat CA, Ali dan isteri serta anak dan sahabat cawangan, Azfar dan isteri, Muni

kakak ipar dan new born baby, Harraz

my kids and their cousins, tengah melayan Ice Age 3 kat dalam bilik

sahabat CA, Zatil, kak Ani and kak Siti (tengah riba Fathi) with her son, Ikhwan and abang ipar (kat belakang)

kak Siti and her hubby and son, kawan hubby (kat belakang ngan wife and anak-anak)

sahabat CA, Tabarani and wife, Lis serta anak, Iman and kawan hubby and wife

sahabat CA, Mustaim and his son

sahabat CA, Zahid and his son, Ziyad

tetamu terakhir hari tu, sahabat cawangan ngan isteri masing-masing, menutup tirai Open House pada hari tersebut....

Alhamdulillah.... segalanya berjalan lancar.... syukur sangat-sangat coz dapat berjumpa ngan sahabat handai, especially yang dah lama tak jumpa... mudah-mudahan tahun-tahun berikutnya kami dapat jemput lebih ramai lagi.... walaupun dua tiga hari lepas tu masih keletihan, hinggakan tak larat nak masak untuk marhaban semalam, tapi rasa berbaloi sangat-sangat....



Written on October 8, 2009 @ 1:11pm

No comments:

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers