Monday, December 7, 2009

Raya Tapi Tak Beraya

Sehari sebelum 'Idul Adha, kami bertolak balik ke Kelantan untuk beraya. On the way ke sana, kami singgah di rumah kawan dekat Laloh dan juga di UiTM Machang untuk berjumpa ngan kawan. Lebih kurang zohor, kami sampai kat rumah parents.

diarrhea.jpg diarrhea image by GTIRV

Malam tu, Anis cirit-birit ngan muntah-muntah. Keesokannya pun sama. Lepas selesai korban, kami bawak la Anis ke klinik. Tapi malangnya, disebabkan hari tu hari raya, takder satu pun klinik atau farmasi kat area Pasir Mas yang bukak. Semuanya cuti. Kami pun try cari kat area KB pulak. Alhamdulillah ada la satu klinik berhampiran KB Mall yang bukak.

Doktor cakap dia food poisoning. Tapi kami takleh nak detect apa punca dia coz setiap apa yang dia makan, kami sefamily pun makan. Hmm....

Pastu doktor cakap, dalam keadaan camtu (cirit-birit), Anis takleh minum susu berlaktosa. So, kami kena tukar kepada susu non-lactose, susu soya. Kami pun terus cari farmasi coz kedai biasa tak jual susu non-lactose ni sebab mahal dan jarang orang guna kecuali special case jer.

Tapi puas kami cari, takder satu farmasi pun yang beroperasi hari tu. Even TESCO ngan KB Mall pun tutup! Alamak! Camner ni... balik nanti Anis mesti mintak susu. Nak tak nak, kami terpaksa gantikan susu dia dengan soya yang dalam kotak. Tapi dia tak nak... aduss...

Lepas tu, Aisyah pulak yang muntah-muntah, cirit-birit dan demam. Amal pun kena. Isy... berjangkit la pulak... ya Allah, besar sungguh ujian kali ni... kesian pulak kat mama sebab bersusah payah tolong jaga Aisyah dan adik-adik dia... tapi Alhamdulillah la Fathi setakat berak cair jer, tak demam atau muntah. Lepas bawak semua ke klinik, paksa makan ubat barulah ok sikit.

Kalau tengokkan pada tanda-tanda, diorang ni kena taun. Tapi masa kat klinik, doktor tak cakap pulak kena taun. Tak tau lah samada doktor tak sure ataupun tak nak create panic.

Disebabkan anak-anak semuanya tak sihat, maka hubby terpaksa lanjutkan cuti dari 2 hari ke 6 hari. Walaupun cuti panjang, tapi kami tak berkesempatan untuk ziarah sahabat handai di sana. Setiap hari kami plan untuk balik ke KL keesokannya, tapi disebabkan risau anak-anak cirit kat dalam kereta, niat kami untuk pulang ke KL terbantut.

Ni lah first time raya tapi tak dapat nak beraya... huhuhu...


Written on Dec 6 @ 2:00pm

No comments:

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers