Thursday, February 11, 2010

Alahai Anis.......


(sekadar gambar hiasan)

As usual, time dekat-dekat nak maghrib ni rush hour. Macam-macam la gelagat and request dari empat orang ni...

Lepas semua dah settle, barulah dapat meloloskan diri ke toilet untuk amik wudu'. Baru jer nak amik wudu', tetiba dengar cam ada orang panggil. Rupa-rupanya Aisyah melaung dari luar bilik. Mula-mula tu tak clear sangat apa yang dia cakap coz bunyi air, tapi bila dengar betul-betul.... masya Allah... nak luruh rasanya jantung ni, terkejut manusia (biasa-biasa orang cakap terkejut beruk, tapi tak nak ah mengaku beruk... hehe)....

Nak tau apa yang Aisyah cakap? jeng jeng jeng....

"Maaaaa....... Anis bukak pampers.... Anis yak yak (berak) !!!!!!!!"

Masya Allah!! Anis... Anis... bila dah dengar camtu, terbantut hajat nak amik wudu', terus cancel and terus keluar toilet. Bila Anis nampak saya, dia terus hulurkan pampers kat saya. Kat atas lantai ada la seketul 'yak yak' yang jatuh dari pampers. Aduss.... lemah semangat.... tapi Alhamdulillah la tahi keras, bukan cair. At least boleh gak kutip balik... huhu

Lepas serahkan pampers kat saya, Anis terus menghilangkan diri ke toilet. Alhamdulillah saya masih boleh bersabar, takder rasa nak marah... lagipun takleh nak marahkan dia coz bukannya dia buat kesalahan dan memang tak patut dimarahi pun... tapinyer, bertambah satu lagi kerja, nak kena lap! aduhai anak mama... huhu

Memang Anis dah biasa bukak pampers sendiri kalau dia rasa tak selesa, nak salin pampers, ataupun mogok gara-gara merajuk. Tapi tak pernah la pulak terjadi kes macam ni! Selalunya kalau dia berak, dia bagitau saya atau papa dia, dia takkan bukak pampers kalau dia dah berak. Ni mesti gara-gara nak tunjuk perasaan ni! Maklumlah, nak dapat adik baru... huhu... sabar jer lah....

Dah settle apa yang patut, settle Anis lak. Dia tengah syok main air kat dalam toilet, siap basuh yak yak sendiri lagi! Adoi laa..... penat... penat...


February 11, 2010 @ 8:20pm

Wednesday, February 10, 2010

Madu Asli - Penawar Sakit Mata



Jumaat lalu, masa bangun nak solat subuh, mata rasa gatal-gatal dan ada tahi mata (antara simptom sakit mata). Bila tengok kat cermin, memang sah! Dah sakit mata! aduhai... dari mana la pulak berjangkit ni.... ujian dari yang maha Esa.... dah la keesokan harinya ada seminar penting kat PJ! Macam mana ni....

Lepas solat, teringat pada nasihat adik ipar, Ainie dan sorang sahabat CA, Samhan masa sakit mata tahun lepas. Diorang cakap, kalau sakit mata, titikkan madu asli dalam mata. Masa tu, takut nak titik coz tak yakin. Tapi kali ni, tawakkal jer lah coz esok nak gi seminar. Kalau gi klinik, sah lambat sembuh, maunya seminggu. Silap-silap berjangkit pulak ke hubby dan anak-anak. Lagipun, bukankah dalam Al-Quran sendiri ada sebut bahawa madu ni penawar penyakit. So, titik jer lah... huhu

Alhamdulillah kat rumah memang kitorang ada prepare Manuka Honey UMF18, in case kalau batuk. So, apa lagi, 'colek' sikit kat hujung jari, pastu sapu kat mata. Fuhh!! Tak dapat nak ceritakan macam mana rasa dia.... just @#*%$&@!..... patut la adik cakap kawan dia meraung... huhu... tapi takder la sampai nak menangis atau meraung, just @#*%$&@!...

Ingatkan saya jer yang sakit mata, rupa-rupanya Fathi pun sama! Apa lagi, amik madu, sapu kat mata dia. Alhamdulillah dia tak meraung, dia just gosok-gosok jer mata tu... fuhh... lega... hehe

Adik cakap, amik masa sehari gak untuk sembuh. Tapi syukur Alhamdulillah tak sampai tengahari, dah tak merah. Syukur....

Sebenarnya, ada dua sebab kenapa saya berani sapu madu kat mata :

1. Sebab yakin madu tu adalah penawar.
2. Sebab yakin madu Manuka UMF18 yang ada kat rumah ni madu yang betul-betul asli. Kalau tak, tak sapu gak... hehe

Beberapa hari lepas tu, bila bangun tido, still ada tahi mata sikit-sikit. Cuma Alhamdulillah dah tak merah dan tak gatal, and paling menakjubkan, tak berjangkit kat saper-saper... syukur Alhamdulillah... dapat gi seminar weekend tu....

Lepas ni kalau ada saper-saper yang sakit mata, boleh la try. Tapi make sure madu tu yang betul-betul asli....


February 10, 2010 @ 8:00pm

Wednesday, February 3, 2010

Holiday @ Genting

Feb 1st, my hubby wasn't working coz it was a public holiday for KL. So, we decided to take the kids to Genting. We went there with our friends, Shamsiah and Shahrir. It was fun coz the theme park wasn't crowded as usual. We purposely chose that day because it wasn't school holiday... hehe....


Anis is sleeping in the car... hehe


Shamsiah and Shahrir


ish... ish... [pushing the Cradle Rock] hihihi


gurlz only! ^_^


Anis's first ride... she was very excited....


Fathi... sitting in the stroller, watching from aside....


Welcome to Freezer I'd say... :P


the kids drove like a professional... hehehe


kids' favorite ride - Circus Ride

woohoo.......


ba bye.... [rode it twice that day, just to get a perfect snap] hehe...




We stayed there till 9pm, till the kids looked exhausted and felt sleepy. And they finally fell asleep in the car... huhu

Though we felt so exhausted that day, but it was worth it coz the kids were so happy.


February 3, 2010 @ 2:00pm

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers