Alhamdulillah petang tadi selesai proses men drill dinding untuk pasang rail (curtain) kat living room. Hopefully lepas ni takder la yang bergayut kat situ pulak... dah macam-macam cara dah pasang curtain tu, semuanya tercabut coz anak-anak jadikan 'buai'... huhuhu....
Dua hari lepas settle curtain kat dalam bilik tidur. Tapi yang tu tak drill pun, main paku jer. So, tinggal lagi curtain kat dalam guest room dengan kat kitchen. Yang tu boleh KIV dulu la kot. Tunggu bersalin dulu... hehehe...
Petang tadi boleh tahan jugak penatnya coz banyak yang nak kena drill. Tapi syukur Alhamdulillah kebetulan hubby balik awal sikit, boleh la dia tolong drill yang last sekali. Thanx bang (^^)...
Actually dah lama plan nak pasang rail. Tapi tertangguh coz pregnant Hifdzi. Lepas tu, terus terlupa... sampai pregnant pulak... huhuhu... ingatkan baru jer beli rail tu.... ada hikmah jugak la anak-anak bergayut kat curtain tu, kalau tak, tak tau la bila baru nak pasang (^^)...
Actually dah lama plan nak pasang rail. Tapi tertangguh coz pregnant Hifdzi. Lepas tu, terus terlupa... sampai pregnant pulak... huhuhu... ingatkan baru jer beli rail tu.... ada hikmah jugak la anak-anak bergayut kat curtain tu, kalau tak, tak tau la bila baru nak pasang (^^)...
Saya memang sengaja buat kerja-kerja ni during weekday. Coz weekend kami amat berharga. Time tu lah nak bawa anak-anak keluar jalan-jalan. Time tu lah jugak kami spend masa untuk berziarah, berbisnes dan macam-macam lagi aktiviti yang bermanfaat. So, rugi la kalau tunggu weekend baru nak buat kerja-kerja menukang.
Bila ber'main' semula dengan tukul/ drill ni, teringat semula kenangan lama masa budak-budak dulu. Kami dulu bela banyak kucing, lebih dari 20 ekor. So, mama buat la rumah 'banglo' 2 tingkat untuk kucing-kucing kami. Senang la depa nak berehat dengan anak-anak depa (^^). Masa tu, selalu jugak tolong mama menukang kat belakang rumah.
Ingat dulu perkara yang paling susah nak buat, potong kayu guna gergaji. Masa tu guna gergaji manual. Tersilap sikit, boleh senget kayu tu. Pastu satu lagi, drill. Dulu tak guna drill letrik. Dulu guna drill manual cam dalam gambar kat bawah ni...
Sekarang dah senang, guna drill letrik jer... siap ada pengukur lagi, jadi takder la terlebih drill.
Hmm... bestnyer bila teringat semula zaman kanak-kanak dulu. Macam-macam aktiviti yang kami adik-beradik buat dengan tete mama. Mostly dengan mama la. Biasa la, budak perempuan kan anak mak (^^).
Kalau time puasa, pagi-pagi lepas subuh, tadarrus al-Quran dengan adik beradik. Petang-petang time nak berbuka, main Sarjana/ Sahibba. Dah besar sikit, tengok Jejak Rasul sambil siapkan juadah berbuka. Dekat-dekat nak raya pula, kami basuh rumah, cat dinding (kalau perlu), buat biskut. Paling best, biskut suji... tapi takes time sikit la nak siapkan coz biskut suji kena bakar dengan api slow.
Boleh dikatakan setiap tahun kami buat biskut yang sama - suji, sahara, mata kerbau, 'pok choi', getas, and lain-lain (tak ingat nama). Hidangan pagi raya pun sama. Juadah untuk diberi kepada family dan rakan karib mama pun sama. Aktiviti raya pertama pun sama (^^).
Antara aktiviti kami lima beradik lagi, main perang-perang kat belakang rumah kalau tete tebang pokok. Kami akan menyorok kat dalam dahan-dahan sambil menunggu 'mangsa' bersenjatakan anak jambu yang kecik-kecik dan keras. Sakit kalau kena woo... tak pun, kami akan buat peluru kertas pastu tembak guna getah... abang-abang selalu buat peluru tebal, jadi bila kena memang sakit la... huhuhu...
Macam-macam lagi lah aktiviti kami dulu-dulu masa budak-budak. Rindunyer bila teringat semula.... seronoknya zaman tu.... bestnyer kalau dapat ulang lagi sekali (^^)...
Najdah MH
April 21, 2012 @ 1:05am
No comments:
Post a Comment