Saturday, March 14, 2015

Diary Germany - Switzerland

Buat pertama kalinya aku akan meninggalkan anak2ku untuk tempoh yang panjang. Satu minggu lamanya!...hati ini berasa sedih...tapi sesekali aku perlu berjauhan dari mereka supaya mereka boleh belajar berdikari...supaya mereka tidak terlalu bergantung kepadaku...supaya mereka saling menjaga antara satu sama lain...insyaAllah, mudah2an mereka sentiasa berada di dalam perlindungan Yang Esa.

Jam 10 malam, aku dan suami dihantar ke airport Kota Bharu oleh abang sulong suamiku, abang Kie dan diikuti oleh Aisyah dan Amal. Yang lain2 sudah lena dibuai mimpi kecuali Anis yang agak cool untuk ditinggalkan dan Hasan yang didukung oleh ibu mertuaku, mama. Hasan seperti tahu kami akan keluar untuk tempoh yang agak lama. Dia enggan untuk melepaskan aku. Dia ingin bermanja denganku lebih dari biasa. Oh Hasan...buah hati mama...mama pasti akan merinduimu setiap saat...

Di sepanjang perjalanan ke airport, Aisyah dan Amal kedua2nya berebut untuk duduk disampingku, memelukku dan bermanja denganku. Sesekali aku mengingatkan mereka supaya tengok2kan adik2, supaya mereka memudahkan atuk mereka selama mereka berada di kampung.

Abang Kie sekadar menghantar kami di pintu masuk airport kerana dah agak lewat malam. Lagipun keesokan harinya dia bekerja. Flight kami ke KL pada jam 11.10 malam. Kami boarding pada jam 10.30 malam. Penerbangan dari KB ke KL mengambil masa 45 minit.

Kami tiba di KLIA2 tepat pada jam 12 tengah malam. Setelah mengambil baggage, kami tercari2 port untuk melepaskan lelah. Malam itu, agak ramai travellers macam kami. Rata2 tempat dah dipenuhi orang. Akhirnya, kami dapat tempat duduk. Tapi agak kurang sesuai untuk merebahkan badan.

Setelah berbincang, kami beredar untuk mencari hotel. Aku terpandang sign Cube Container di sebelah pintu masuk lift. Agak menarik. Sesuai untuk travellers bermalam selama beberapa jam sebelum menaiki flight ke destinasi masing2. Tanpa membuang masa, kami terus ke sana. Tempatnya agak menarik, agak besar. Kami kira, cukup selesa. Lelaki dan perempuan diasingkan. Bagus! Keselamatan terjaga. Rate pun agak murah. RM75 untuk 6 jam, seorang. Tapi sayangnya, sudah FULL! Tiap malam memang full kata receptionist di situ. Aduh...katanya lagi, kalau nak bermalam di situ, seeloknya buat online booking terlebih dahulu.

Dia kemudiannya menyarankan kami ke Tune Hotel yang berada di sebelah KLIA2. Tapi rate di Tune Hotel agak tinggi coz dikira per nite. Nak tak nak, kami terpaksa ke sana juga demi melelapkan mata yang makin berat untuk dibuka.

Setibanya di Tune Hotel, kami bertanyakan rate sewaan bilik untuk satu malam di meja receptionist. Katanya hanya ada 2 jenis bilik, satu RM300 manakala satu lagi RM350. Untuk mendapatkan rate yang lebih murah, kami boleh book secara online. Wah! Agak mahal untuk disewa sekadar untuk merehatkan badan selama beberapa jam. Tapi memandangkan keadaan agak memaksa, akhirnya pada jam 2.30 pagi, kami check in dengan kadar sewaan RM250.

Setelah membersihkan diri, kami terus melelapkan mata. Kami perlu recharge badan untuk perjalanan yang lebih panjang keesokan harinya.

Tepat jam 9 pagi keesokan harinya, kami check out dari Tune Hotel. Dari situ, kami mengambil KLIA Express untuk ke KLIA1. Kami tiba di KLIA1 pada jam 10 pagi dan terus berkumpul dengan group Master Dealer Public Gold yang turut sama mengikuti trip ke Germany - Switzerland. Dari KLIA kami akan transit ke Singapore. Dan dari sana kami akan ke Frankfurt.


Flight ke Singapore

Kapal2 dagang yang berlabuh di pelabuhan Singapore

Mendarat di Changi Airport

Changi Airport voucher - untuk shopping di dalam airport sementara menunggu flight


Dicatat pada March 14, 2015 jam 6:30 pagi di Park Inn hotel by Radisson, Munchen
Catatan disambung di bigBOX Hotel, Kempten, Bavaria pada March 14, 2015 jam 9:40 malam.

No comments:

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers