Wednesday, May 13, 2015

Adab Bertanya

Credit photo My Blog

Sehingga hari ini, sudah banyak kali saya 'didatangi' mesej dari seorang stranger bertanyakan tentang 'rahsia' bisnes.

Hurm, ini antara soalan yang teramat susah untuk saya jawab kerana sememangnya saya tidak ada apa-apa rahsia. Rahsianya hanyalah satu, dari mula-mula kami suami isteri menjalankan bisnes, hinggalah saat ini, iaitu BUAT!

Yup, BUAT! Just DO IT! Tinggalkan segala alasan. Tinggalkan segala keluhan. Mulakan langkah pertama coz without the 1st step, there will be no 2nd, or 3rd step. Begitulah kami mula-mula dulu. Kami pun memulakan langkah pertama sebelum sedikit demi sedikit berlari-lari anak dan seterusnya berlari.

Bersikap JUJUR

Satu lagi 'RAHSIA' yang kami amalkan sejak dulu hingga sekarang ialah JUJUR, ie AMANAH. Jujur dan amanah dalam berniaga bagi kami merupakan asas kekukuhan sebuah bisnes. Jadikan manfaat yang customer kita bakal perolehi dari kita sebagai matlamat dalam berniaga, insyaAllah kita akan buat yang terbaik. Jangan jadikan keuntungan dunia sebagai matlamat. Sebaliknya kejarlah keuntungan akhirat. InsyaAllah keuntungan dunia akan mengejar kita.

Simple Mistakes

Rata-rata yang merisik pengalaman saya melalui sms dan juga whatsapp, gemar untuk merahsiakan identiti diri. Walaupun setelah ditanya. Tak kurang juga yang terlupa untuk memberi salam. Dan kebanyakannya menyenaraikan beberapa soalan bertalu-talu, persis seorang client yang bertanyakan soalan di kaunter pertanyaan ataupun melalui talian customer careline.

Ada di antaranya pula yang memarahi saya atas kelewatan membalas mesej... aduh... saya adalah seorang housewife, seorang ibu kepada 7 orang anak yang masih kecil... saya uruskan sendiri rumah dan anak-anak kerana kami tidak ada orang gaji ataupun bibik... saya bukannya telefonis yang saban waktu berada di hadapan telefon menunggu panggilan... even telefonis pun ada waktu rehat... inikan pula saya seorang ibu... tumpuan saya sudah semestinya lebih kepada anak-anak... bukan setiap saat dan ketika saya sentiasa di sisi telefon... meskipun berbisnes, namun sebagai isteri, sebagai ibu, tanggungjawab utama saya adalah pada anak-anak, suami, rumah... saya akan kembali membuka telefon, membaca mesej hanya setelah tugasan utama pada hari tersebut selesai...

Adab Bertanya

Secara hikmahnya, sebagai seorang muslim, seharusnya kita memberi salam di permulaan perbualan... perkenalkan diri supaya perbualan tersebut ada 'roh'... utarakan soalan satu demi satu... setelah satu soalan terjawab, barulah disusuli dengan soalan kedua... begitulah seterusnya, utarakan soalan setelah soalan terdahulu berjawab... bukannya senaraikan banyak-banyak soalan sekaligus kerana kita bukannya sedang merangka kertas soalan peperiksaan mahupun questionnaire, sebaliknya kita ingin meminta seseorang untuk berkongsikan pengalamannya secara percuma... dan berilah masa padanya untuk menjawab soalan yang telah diberikan...

Bersangka Baik

Husnuzzon juga penting dalam berkomunikasi. Mesej belum berbalas tidak bererti ianya sengaja tidak dibalas. Kita perlu bersangka baik. Maybe si penerima belum baca mesej yang dihantar. Maybe dia belum berkesempatan untuk membalas kerana sedang sibuk dengan urusan lain. Maybe dia terlupa untuk membalas mesej yang dihantar kerana terlalu banyak mesej yang diterima. Ataupun maybe dia tidak berada di sisi telefonnya.

Terkadang, di dalam bertanya kita terlupa untuk menjaga adab dek kerana terlalu ghairah untuk mendapatkan jawapan. Ingin saya berpesan pada diri sendiri terutamanya, jagalah adab dalam bertanya. InsyaAllah bila kita jaga adab , Allah akan buka jawapan kepada persoalan kita, samaada secara lisan, atau melalui pengalaman kita sendiri.

P/S : Segala sms, whatsapp, email yang saya terima, saya akan balas once ada kelapangan masa. Dan sedaya upaya saya akan balas secepat mungkin, insyaAllah.

Wallahua'lam...

Segala ilmu itu milik Allah... diilhamkan pada manusia untuk digunakan bagi melakukan kebaikan, juga untuk dikongsikan sesama manusia kerana ia akan bertambah dengan memberi...


Najdah MH Hansen
May 13, 2015 @ 0315 hrs

1 comment:

okandaignault said...

Casino - DrMCD
Casino. Dr.C. has 정읍 출장샵 a special purpose for sports 구리 출장샵 and casino fans! The MCD 당진 출장안마 is a unique 출장마사지 website that provides you with a wide variety of options! 청주 출장샵 The site has

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers