Friday, May 1, 2015

Small Library @ Mi Casa

Antara buku ilmiah anak-anak
Antara novel anak-anak

Dah lama rasanya saya berhasrat untuk adakan satu 'library kecil' di rumah kami terbantut gara-gara kesibukan dengan urusan harian serta urusan bisnes. Akhirnya, sekitar minggu lepas, saya berjaya mencuri masa untuk sediakan satu ruang khas bagi meletakkan buku-buku anak-anak, supaya mudah bagi mereka untuk mengambil, membaca dan menyimpan kembali buku-buku tersebut di tempatnya.

Bagi saya, anak-anak perlu didedahkan dengan minat membaca sedari kecil supaya bila besar nanti amalan membaca dah sebati dalam diri mereka. So, tiap kali saya dan suami ke Popular, saya pasti akan meninjau-ninjau buku-buku untuk dibelikan kepada anak-anak kami.

Anak-anak perempuan kami minat membaca novel selain dari majalah Asuh, Adik etc. Dan di Popular, terdapat banyak novel pelbagai genre untuk setiap lapisan umur. Saya gemar mencari buku-buku terbitan PTS dan Galeri Ilmu kerana penyampaiannya yang menarik dan santai. Sesekali saya akan mencuci mata membelek novel-novel baru hasil karya Aisya Sofea keluaran Alaf 21.  Alaf 21, satu nama yang tidak asing lagi bagi peminat novel :)

Novel-novel yang saya beli, saya akan pilih terlebih dahulu supaya dapat memberi pengaruh yang baik. Terlalu banyak novel cinta remaja yang dihasilkan penulis-penulis tempatan. Bukan sekadar untuk tatapan dewasa, bahkan novel remaja turut sama mempunyai unsur-unsur CINTA Adam dan Hawa.

Saya kira, cinta 'monyet' tak seharusnya diperkenalkan kepada remaja. TV sahaja sudah cukup banyak 'mendidik' anak-anak remaja sekarang ini supaya bercinta di alam persekolahan. Ditambah pula dengan novel-novel yang terus membuai mereka dengan mimpi-mimpi indah. Risaunya hati ini bila mengingatkan anak-anak yang kian membesar dalam biah sebegini. Allah...hanya Engkau yang mampu melindungi hati-hati ini dari tipu daya dunia...

Antara buku-buku yang saya belikan setelah beberapa kunjungan ke Popular dan Pesta Buku :

Kisah Hidup Rasulullah S.A.W
Diari Anis
10 Dermawan Jiran Nabi Di Syurga
10 Sahabat Syurga Untuk Mereka
70 Hadis Mudah Hafal Mudah Amal

Bahan bacaan turut memberi kesan kepada pembentukan peribadi anak-anak. Sebab itu lah dalam memilih buku untuk anak-anak, saya akan habiskan masa yang agak lama kerana saya perlu 'go through' buku tersebut terlebih dahulu. Saya tidak akan pilih sesebuah buku hanya berdasarkan sinopsis di cover belakang, tapi saya juga akan membelek-belek isi dalam serba sedikit untuk mendapat gambaran yang lebih jelas.

Bahan bacaan yang baik serba sedikit mempengaruhi akhlak yang baik. That's why sangat-sangat penting bagi saya untuk memilih bahan bacaan yang akan diberikan pada anak-anak.


Najdah MH
27th April, 2015 @ 1000 hrs
Updated 1st May, 2015 @ 1315 hrs

No comments:

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers