Credit photo 'Uncle' Google |
Setiap kali saya berjumpa kenalan baru, saya akan introduce diri sebagai fulltime housewife 'jer'. And typical feedback yang saya dapat ;
"Senang la, duk kat rumah jer... tak penat... tak stress..."
"Duk kat rumah jaga anak jer... tak tension pun..."
"Ok la... ada banyak masa..."
Sometimes, bila dapat feedback macam tu, saya rasa rendah diri. Especially bila ada gathering dengan kawan-kawan lama... masing-masing berkerjaya, dan mereka sentiasa ada topik hebat untuk berbual sedang saya hanya boleh berbual pasal anak-anak... that's why saya lebih suka mendengar dan tersenyum jer instead of boringkan kawan-kawan dengan cerita saya :)
Tapi, on 1st January lepas, masa saya join outing photographer, saya berkenalan dengan seorang kakak ni... and as usual, saya introduce diri sebagai surirumah 'jer'. Guess what she said to me! She told me to feel good about myself! Dia memuji surirumah sepenuh masa. Katanya, tak semua orang mampu untuk jadi surirumah sepenuh masa. Wow! It was the first time saya dapat feedback yang baik tentang surirumah sepenuh masa dari kacamata seorang surirumah yang berkerjaya! Suddenly, I feel proud of myself... ngee... (mode perasan...)
Katanya lagi, bekerja ada 'ENDING' dia. Habis office hour, habis la kerja. Balik rumah, rumah dah kemas coz takder yang sepahkan. Anak-anak samaada bibik atau penjaga di taska dah uruskan. Kadang-kadang, lepas jemput anak dari taska, anak terus tidur. Sakit, boleh amik MC. Ada cuti.
Berbeza dengan surirumah sepenuh masa. Waktu bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Tiada off day dan tiada cuti. Sakit pun still bekerja seperti biasa. Waktu tidur pula tak menentu. Malam-malam sedang tidur pun 'on-call'.
Sebelum ni, saya selalu dengar dan baca tentang 'perbahasan' antara surirumah sepenuh masa dan surirumah yang berkerjaya - siapa lebih hebat. Dan saya selalu merasakan surirumah berkerjaya lebih hebat. Tapi, lepas saya dengar 'motivasi' dari dia, saya rasa lebih bersemangat, lebih berkeyakinan.
Sebenarnya, surirumah, samaada berkerjaya atau tak, semuanya sama-sama hebat, sama-sama berbakti kepada keluarga, sama-sama penat, stress, tension dan sama-sama work hard untuk keluarga. Masing-masing ada cabaran tersendiri dalam menjalankan tugas harian. So let us support each other and continue being awesome moms.
Bagaimana orang melihat kita tak penting, tapi yang penting adalah bagaimana kita melihat diri kita. Be proud of who you are, of what you do... just to feel good about yourself so you can give the best of you... not to gain any appreciation from others... but to gain self confidence...
Najdah MH Hansen
Jan 18, 2016 @ 0940 hours
1 comment:
Nice sharing :). I agree, the most important thing is how we see ourself. Sejujurnya saya juga lebih mengagumi surirumah sepenuh masa. Ya, pada saya ia sememangnya bukan mudah kerana memerlukan komitmen yang tinggi untuk benar-benar menguruskan rumahtangga dengan baik. Tahniah saya ucapkan buat Puan dan Kak Najdah, hehe. Moga sebaik-baik ganjaran Allah buatmu atas kesabaran dalam mendidik anak-anak~ ;)
Post a Comment