Friday, August 29, 2008

Pengalaman Pahit

April 2005, saya disahkan mengandung buat kali ke dua. Kali ni due bulan Dec. Alhamdulillah ada rezeki lagi… Kali ni kami suami isteri plan nak cari nama awal-awal, tak nak jadi macam first time hari tu, kalut cari nama nak register. Kalau boleh, biarlah bersedia awal-awal. Nak register nanti senang.

Bahaya Air Kelapa


First time mengandung hari tu, saya berpantang, tak makan benda yang bahaya. Kali ni pun sama. Tapi, kebetulan satu hari tu, saya terasa nak minum air kelapa. Time tu baru masuk tiga bulan mengandung. Masa tu pulak badan saya agak keletihan kerana dua minggu berturut-turut terpaksa pulang ke kampung suami atas urusan keluarga. Tapi bila sampai kat rumah, saya rasa ragu-ragu untuk minum. Kakak saya pernah bagitau kalau tak nak kepala bayi berkerak, minum air kelapa. Tapi saya lupa samada tujuh bulan ke atas baru boleh minum atau sebelum tu dah boleh minum. Suami kata kalau tak yakin jangan minum. Tapi keliur punya pasal saya minum jugak. Lepas minum takde pulak rasa apa-apa, so saya ingat baby ok jer.

‘No Heart Beat’

Seperti biasa saya ke klinik untuk monthly ante-natal check-up. Lepas doktor scan, dia suruh saya refer kat doktor pakar untuk confirm keadaan baby. Dekat gambar scan yang dia print, tertulis “No heart beat”. Terkejut bila saya baca. Macam mana boleh jadi camni? Suami pulak rasa hairan, baru tiga bulan takkan ada heart beat dah. Suami pun bertanya pada kawan-kawan, nak refer kat mana. Last sekali, atas nasihat kawan, kami buat keputusan untuk jumpa dengan Doktor Siti kat Hospital Tawakkal.

Blood Test

Lepas jumpa dengan Dr. Siti, dia suruh saya ke makmal untuk ambil sampel darah bagi ujian hormon (rasa-rasanya lah). Lepas tu saya kena ambil ubat selama beberapa hari sebelum ambil sampel darah sekali lagi. Doktor cakap, kalau hormon berganda, maknanya saya still mengandung. Tapi kalau menurun, maknanya baby dah takde.

DnC

Beberapa hari lepas first blood test, sekali lagi kami ke Tawakkal untuk second blood test. Sejam lepas ambil sample darah, result pun keluar. Kami bawa result tersebut kepada Doktor Siti. Lepas dia bandingkan kedua-dua result, dia cakap, baby dah takde. Sedihnya masa tu. Menyesal rasanya tak dengar nasihat suami supaya jangan minum air kelapa. Doktor bagi option, nak biar baby keluar sendiri atau DnC. Dua-dua option ada risiko tersendiri. Tapi kalau DnC confirm rahim dibersihkan, tak tinggal sisa. So, suami pilih nak buat DnC. Saya pun admitted hari tu jugak. Memandangkan anak sulung kami, Aisyah ikut sekali, suami pulang ke rumah agar dia tak kebosanan. Tinggallah saya keseorangan dalam bilik.

Takut dan Bimbang

Dulu kakak saya pernah keguguran. Tapi dia lagi sedih sebab anak sulung dah gugur. Doktor cakap dia tak perlu DnC sebab mengalami keguguran sempurna (baby keluar sendiri). Bila diperiksa, rahim dia bersih, takde sisa. Masa tu saya belum kahwin lagi. Dia cakap kat saya, kalau kena DnC pun dia tak nak sebab bahaya. Bila teringat kata-kata dia, saya jadi takut dan bimbang. Macam manalah agaknya dalam operation room nanti. Ada orang cakap, DnC ni menyakitkan dan boleh merosakkan rahim. Takutnya saya bila fikirkan apa yang akan terjadi nanti. Suami pulak takde di sisi. Tawakkal jer lah...

Tak Sedar

Bila tiba masa untuk saya dibawa ke OR, suami masih belum sampai. Sedihnya masa tu, kena hadapi sendirian. Masuk jer dalam OR, saya diletakkan di atas meja dan disiapkan untuk ‘operasi’ DnC. Bila semua dah siap, saya diberi gas supaya tidur. Mula-mula saya rasa macam mengantuk sangat-sangat. Nak buka mata pun tak boleh. Lama kelamaan, saya pun tak sedar. Bila saya buka mata, saya dah ada di luar OR. Ingatkan tak siap lagi, rupa-rupanya dah sejam masa berlalu. Masya Allah… begitu kuatnya kesan gas tadi hinggakan saya langsung tak sedar apa yang berlaku. Sikit pun saya tak rasa apa-apa. Malam tu barulah suami datang dengan Aisyah dan mereka bermalam di situ dengan saya. Keesokannya kami pulang ke kampung suami saya untuk berehat.

Fobia Dengan Air Kelapa

Sejak lepas keguguran, bila saya disahkan mengandung jer, saya dah tak berani minum air kelapa. Bila saya cerita kat kawan-kawan yang saya keguguran sebab minum air kelapa, ada yang rasa pelik. Bagi mereka air kelapa tak bahaya. Tapi bagi saya cukuplah sekali keguguran. Tak kisahlah apa orang nak kata, yang penting, baby saya selamat dan sihat.


Wassalam…
Najdah MH
Ogos 22, 2008
7.21pm

Tuesday, August 26, 2008

Criminal Minds is Back!!


Good News! Criminal Minds is back with a whole new season. For those who have watched season 1 and 2, don't miss this new season 3, without Gideon of course :( ... But that doesn't make this best American series not worth watching. Watch it, and trust me, you'll love it!

Wassalam...
Najdah MH
8.18pm
Ogos 26, 2008

Click on the link above to watch the season finale preview.

Ramadhan Al-Mubarak : Bulan Beribadah


Alhamdulillah… dah nak masuk bulan Ramadhan… tak sangka yer, pejam celik pejam celik dah Ramadhan balik. Alahai, cepatnya masa berlalu. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini diberi kesempatan oleh Allah untuk meningkatkan amalan. Mudah-mudahan juga segala amal soleh dapat diteruskan hingga ke Ramadhan akan datang, Insya-Allah.

Amalan Bermusim

Kekadang tu, ada yang beramal bermati-matian time Ramadhan, sebagai contoh khatam Quran. Time Ramadhan, pagi petang siang malam baca Quran sebab nak khatam dalam masa sebulan. Tapi habis jer Ramadhan, Quran pun disimpan rapi. Tak salah banyakkan amal ibadah di bulan mulia ni, memang digalakkan, tapi make sure ianya berterusan sampai bila-bila, bukan setakat bulan Ramadhan jer. Jangan pulak ada amalan bermusim, time Ramadhan beramal, habis Ramadhan habis segala amalan, na’uzubillah..

Ni sekadar ingatan buat diri saya sendiri. Manusia ni perlu sentiasa diberi peringatan, betul tak?


Wassalam…
Najdah MH
Ogos 21, 2008
4.20pm


Pada saper-saper yang belum habis qada’ puasa tahun lepas, cepat-cepat la qada’ yer (“,). Akhir kata, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak to my beloved husband, family and friends.

Wednesday, August 20, 2008

Outing Di Awana Kijal

Setiap tahun, syarikat tempat suami saya bekerja mengadakan Annual Family Outing selama 3 hari 2 malam untuk semua staf di mana-mana tempat peranginan. Tahun ni kami ke Awana Kijal. Ini adalah kali ke dua kami ke sana. First time masa baru kahwin dulu. Dapat jugak merasa ‘Honey Moon’ free (“,).

Kereta Atau Bas

Kira-kira sebulan sebelum ke sana, kami perlu memilih samada untuk menaiki kereta atau bas yang disediakan. Banyak juga yang perlu dipertimbangkan - kos pengangkutan, keselesaan anak-anak dan keselesaan saya yang sedang hamil. Akhirnya kami memutuskan untuk menaiki bas. Bukan saja dapat menjimatkan kos, malah kami dapat menimba pengalaman serta merapatkan hubungan sesama staf. Alhamdulillah perjalanan amat lancar. Anak-anak tidak banyak meragam dan saya pun tak mempunyai apa-apa masalah.

Perjalanan Ke Kijal, Kemaman


15 Ogos 2008, semua staf yang menaiki bas berkumpul di hadapan bangunan MNRB Holdings seawal jam 7am. Ramai juga yang menaiki bas, hinggakan ada 5 buah bas kesemuanya. Tapi suami kata, yang naik kereta lagi ramai. Kami sekeluarga menaiki Coach 5, iaitu bas terakhir. Kira-kira jam 8am, perjalanan pun bermula.

Lunch Di Teluk Chempedak

Tengahari kami stop untuk lunch dekat Teluk Chempedak. Cantik juga pemandangan di tepi pantai ni. Tapi, tak sempat nak bersiar-siar sebab nak cepat-cepat sampai ke Awana untuk check-in.

Welcome ‘Dance’

Kami tiba di Awana Kijal pada jam 2.45pm. Setibanya kami di sana, kami disambut dengan tepukan gendang dan sedikit tarian. Senyuman yang terukir di wajah setiap staf hotel yang menyambut kami menghilangkan rasa penat menaiki bas. Terima kasih buat staf-staf Awana Kijal di atas sambutan yang diberikan.

Makan-makan Durian

Musim durian ni, tak kenalah kalau tak makan durian kan. Kira-kira jam 5pm, sesiapa yang nak merasa durian, bolehlah ke tepi pantai. Tapi, disebabkan terlalu letih, saya tak turun. Suami jelah yang turun. Dia memang suka meninjau kawasan hotel sambil mencari pemandangan menarik untuk ambil gambar kenangan. Sambil tu, dapat juga dia ambil beberapa ulas durian untuk saya yang sememangnya kaki durian ni (“,).

Tele-Match

Hari ke dua, pelbagai acara menarik diadakan. Antaranya adalah tele-match kanak-kanak dan dewasa. Buat pertama kalinya Aisyah join pertandingan. Seronok juga bila tengok dia bermain acara Membawa Bola Dalam Sudu dan Mencari Gula-gula (kategori 4-6 tahun). Yang lebih menyeronokkan, macam-macam gelagat yang ada. Pagi tu, dapatlah 2 hadiah untuk Aisyah.

Berbaris menunggu giliran dalam acara Membawa Bola Dalam Sudu (4-6 tahun) - Kumpulan Hijau


Giliran Aisyah membawa bola


Mendapat hadiah tempat ke dua dalam acara Membawa Bola Dalam Sudu

Bermain dalam acara Mencari Gula-gula (menang tempat pertama)

Coloring & Batik Chanting Contest

Petang tu pulak, ada Coloring Contest untuk kanak-kanak dan Batik Chanting Contest untuk family. Aisyah memang suka mewarna, so saya suruh lah dia join kategori 4-7 tahun. Tak sangka pulak dia boleh menang tempat ke 13 daripada 15. Kira ok la tu coz yang join tu ramai yang lebih tua dari dia. Dapat lagi hadiah. Seronok dia hari tu.

Swimming Pool

Tempat yang paling menarik minat kanak-kanak selain playground, swimming pool la, apa lagi. Tak henti-henti Aisyah dan Amal minta ‘papa’ bawa mereka ke swimming pool. Anis pun suka bila dapat ikut sekali. Seronok la dia dapat duduk dalam pelampung (tak sempat ambil gambar Anis).

Amal dengan pelampungnya

Aisyah menjadi peronda swimming pool.. he..he..

Balik Daah..

17 Ogos 2008, habis jer breakfast, bergambar kenangan la jap. Bila lagi kan.. Pastu terus berkumpul untuk menaiki bas balik ke KL. Sempat juga beli set mewarna batik untuk Aisyah coz masa contest hari tu saya dan Amal jer yang buat, dia tak sempat. Tapi tak menang pun. Color pun ala kadar jer, sibuk melayan Amal. Kesian pulak kat Aisyah, tak dapat buat. Mahal jugak satu set tu. Tapi bila difikirkan, kalau tak beli kat situ, nak beli kat mana lagi. Rasanya kat tempat lain takde jual kot. Tak apa lah, anak nak belajar.. Lebih kurang jam 10.30am, kami bertolak balik ke KL. Singgah kat Kuala Kemaman jap untuk beli keropok. Lebih kurang jam 4pm, sampai la kat bangunan MNRB. Sampai KL daah.. Seronok juga Aisyah dan Amal naik bas. Mereka siap tanya lagi bila pulak nak naik bas. Insya Allah next year la pulak. Kat bawah ni ada beberapa gambar kenangan.

Besarnya cawan Anis.. air buah gelas besar ker tu? (",)

Jom kita main Dam Ular 'bapak'

Amal punya turn.. hm..nak letak kat mana yer..

Jom kita main Giant Chess

Family Photo

"Bergendang mari bergendang.."

Ni lah antara gambar yang dapat disertakan dalam coretan kali ni. Seronok bila sekali sekala dapat bawa anak-anak pergi bercuti. Tapi yang paling seronok, bila dapat pulang ke kampung menziarahi ibu bapa kami.

Wassalam..
Najdah Mohammed Hussain
Ogos 20, 2008
11.43am

Monday, August 11, 2008

Ayat-ayat Cinta - Mesti Ditonton!


Movie Ayat-Ayat Cinta, walaupun tidak benar-benar menepati novel asal, bagi saya harus ditonton kerana masih terdapat pengajaran yang boleh diambil. Setakat ni, saya baru sempat menonton serba sedikit kerana belum berpeluang untuk benar-benar duduk di hadapan TV, menonton keseluruhan cerita kerana terlalu sibuk melayan karenah anak-anak. Namun begitu, bagi saya movie ini lebih baik untuk dipertontonkan kepada remaja zaman sekarang berbanding filem-filem melayu yang saban hari ditayangkan di pawagam yang bagi saya tidak mempunyai motif pembikinan bahkan langsung tidak memberi faedah malah lebih merosakkan ramaja. Kalau dulu, bila ada filem melayu yang baru ditayangkan di pawagam, terasa juga nak tonton. Tapi sekarang.. malas nak tengok. Ni sekadar pendapat saya je lah. Lain orang lain pendapat kan. Kalau ada yang tak kena, tegurlah.



Wassalam...
Najdah MH

Thursday, June 19, 2008

Memilih Jantina


Sudah menjadi lumrah sesetengah masyarakat kita lebih sukakan anak lelaki berbanding anak perempuan. Ada yang terlalu menginginkan anak lelaki hinggakan apabila mendapat anak perempuan, mereka malah bersedih dan tidak bersyukur, na’uzubillah.. Mudah-mudahan kita dijauhkan oleh Allah dari berperasaan demikian.

Anak Adalah Rezki

Lelaki atau perempuan, anak tetap merupakan rezki daripada Allah yang wajib disyukuri dan dijaga dengan sebaiknya. Itulah yang selalu dipesan oleh suami saya. Bagi dia, sudah memadai jika anak yang saya kandungkan sihat dan selamat dilahirkan. Tak kisahlah jika anak itu lelaki atau perempuan. Saya bersetuju dengan pendapatnya. Mengapa nak dibezakan antara lelaki dan perempuan? Apa istimewanya anak lelaki dan apa kurangnya anak perempuan? Lelaki atau perempuan, itu kan ketentuan Allah. Suami saya juga selalu berpesan supaya sentiasa bersyukur kerana dikurniakan anak sedangkan ramai yang sudah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan anak.

Kata Orang

Ketika hamil buat kali kedua (ketiga sebenarnya kerana saya keguguran masa hamil anak kedua), saya agak tertekan. Tertekan bukan disebabkan kandungan atau karenah anak sulung saya, tapi disebabkan kata orang..
“Anak lelaki lah pulak, perempuan dah ada..”
“Dah scan ker? Lelaki ke perempuan?”
Itulah antara kata-kata dan soalan yang sering saya dengar hampir ke mana saja saya pergi, hinggakan saya pernah merasa malas untuk keluar dari rumah. Saya juga pernah merasa malu buat seketika waktu. Malu kerana belum mempunyai anak lelaki! Astaghfirullahal’azim.. Betapa besarnya pengaruh kata orang hingga mampu membuatkan saya lupa kepada ketentuan yang Esa. Alhamdulillah, ada suami di sisi yang sentiasa memberi tazkirah dan sokongan. Kata-kata dan nasihat yang tak pernah putus darinya meyedarkan saya bahawa walaupun kami hanya mempunyai anak perempuan, namun anak itulah yang menjadi penyeri hidup kami, yang sentiasa menemani saya di rumah, yang menambah kebahagiaan di dalam hidup kami. Syukur Alhamdulillah di atas kurniaan rezki dari Allah.. Aisyah Nurina adalah puteri hati kami.

Tidak Merasa Malu

Alhamdulillah, anak kami yang kedua selamat dilahirkan secara normal. Seorang lagi puteri hadir dalam hidup kami. Amal Hayati, puteri hati kami yang kedua. Amat lincah sekali. Walaupun saya hanya dikurniakan 2 orang puteri, saya amat bahagia di samping mereka. Syukur Alhamdulillah, anak-anak kami semuanya sihat, cerdas dan pintar. Hanya itu yang penting bagi kami suami isteri. Ke mana saja saya pergi, jika ditanyakan samada anak saya lelaki atau perempuan, dengan bangganya saya menjawab.. “2 cute little princesses.” (“,)

Tak Perlu Bertanya

Kalau dulu, saya pasti akan bertanya kawan saya samada bayi yang dikandungkannya lelaki atau perempuan. Tapi sekarang, saya memilih untuk tidak bertanya. Biarlah dia sendiri yang memilih untuk memberitahu atau tidak. Saya tidak mahu memberikan tekanan kepada mereka sebagaimana yang pernah saya lalui. Yang pasti, saya akan sentiasa mendoakan agar semua kawan-kawan saya yang hamil selamat melahirkan bayi mereka, Insya-Allah.

Wassalam..
Najdah Mohammed Hussain
Jun 9,2008
12:25pm

Sunday, June 15, 2008

Panduan Ketika Hamil


First time hamil, banyak perkara yang tak tahu. Alhamdulillah ada mama dan kakak yang banyak membantu memberi info serta nasihat bagaimana untuk menjaga kandungan. Selain itu, kawan-kawan turut memberi tips mengenai pengambilan suplemen yang penting.

Pemakanan Ketika Hamil

Awal trimester pertama, saya kurang selera makan. Saya tak berselera untuk makan nasi. Saya lebih suka makan Quaker Oat dan biskut jagung (Cream Craker). Bila dah masuk trimester kedua barulah berselera. Masa tulah mula makan banyak. Mama berpesan supaya minum susu setiap hari. Itu tak menjadi masalah kerana susu memang minuman kegemaran saya sejak kecil. Mama juga berpesan supaya makan telur selain dari ayam dan ikan. Saya juga dinasihatkan agar banyak mengambil buah-buahan.

Pantang Ketika Hamil

Amalan berpantang berbeza mengikut kaum. Bagi mama yang berketurunan Yunan, dia tidak mengambil makanan yang nature nya sejuk seperti tauge, timun dan tembikai dan juga makanan yang nature nya panas seperti durian. Makanan yang bergetah seperti mempelam juga tidak dimakan. Kakak saya cakap, air kelapa muda dan tebu berbisa dan bahaya untuk kandungan. Tetapi setelah usia kandungan mencapai 7 bulan, air kelapa muda bagus untuk mengurangkan kerak pada kepala bayi, dan ketika ini durian juga boleh dimakan. Bagi saya yang ‘hantu’ durian ni, sedihnya rasa kalau hamil time musim durian. Tak merasa la jawabnya :( Tapi, Alhamdulillah masa first time hamil dulu sempat makan durian. Ada sekali tu, saya meminta suami membelikan durian. Dia pun belilah selonggok. Lebih kurang 5 biji jugak kot. Dalam banyak-banyak tu, hanya seulas jer yang dimakan oleh suami. Yang selebihnya, saya habiskan. Bestnyer… Selain dari itu, apa yang bahaya untuk kandungan adalah nenas. Kalau hamil, memang tak berani nak makan nenas. Walaupun kekadang ada juga rasa terliur.. tapi, demi menjaga kandungan, tahan jer la..

Amalan Ketika Hamil

Didikan anak boleh diberi seawal usia mereka berada di dalam kandungan. Mereka boleh mendengar suara kita ketika berusia 15 minggu. Oleh itu, seeloknya kita perdengarkan bacaan Quran dan alunkan zikir buat mereka selain mendendangkan nasyid islamik. Antara surah-surah yang selalu saya baca ketika hamil ialah surah Maryam, Luqman, Yusuf, Taubah dan Yaasin. Selain itu, saya selalu pasang MP3 nasyid. Alhamdulillah, bila diamalkan dan diperkenankan Allah, anak yang dilahirkan comel, cerdik dan baik. Syukur Alhamdulillah… segalanya ketentuan dari Allah.

Wassalam..
Najdah Mohammed Hussain
Jun 10, 2008
10:30am

Wednesday, June 11, 2008

Catatan Kehamilan Pertama


Anak adalah anugerah Allah yang paling diidamkan oleh setiap pasangan yang telah berkahwin, termasuklah saya sendiri. Hinggakan setiap bulan kalau period saya terlewat, saya meminta suami membelikan urine tester. Kadang-kadang saya kena pujuk suami, sebab dia selalu kata period baru beberapa hari terlewat. Dia selalu suruh tunggu lama sikit baru cek. Tapi biasalah, perempuan, mestilah nak tau cepat-cepat kan. Sampai sekarang pun saya masih macam masa mula-mula kahwin dulu, tak sabar-sabar nak buat pregnancy test. Walaupun anak kami dah tiga, tapi bila disahkan pregnant lagi sekali, saya rasa seronok dan gembira, macam first time! Tapi, kalau result negatif, mesti sedih dan kecewa. Selalunya suamilah yang kena pujuk (“,).

Seronok Dan Takut

Alhamdulillah, saya hamil setelah 3 bulan berkahwin. Alangkah seronoknya kami kerana tak lama lagi kami akan bergelar papa mama. Tapi, dalam keseronokan tersebut, ada terselit perasaan takut. Mungkin kerana saya hampir-hampir keguguran. Syukur Alhamdulillah kandungan masih dipelihara Allah. Demi untuk menjaga kandungan, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Ketika itu baru sahaja bekerja 3 minggu dan pendapatan agak lumayan. Tapi, memandangkan pekerjaan agak berat (perlu banyak berjalan), dan rakan sekerja saya pernah keguguran, saya rela. Kandungan saya lebih penting dari gaji yang lumayan.

Karenah Ibu Mengandung

Bila dah hamil, emosi jadi tak stabil. Saya lebih mudah terasa hati, mudah merajuk, mudah menangis dan tersinggung. Kekadang bila merajuk atau terasa nak makan sesuatu, suami anggap mengada-ngada. Lagilah terasa hati. Kadang-kadang tu, termenangis secara automatik. Mungkin kerana 'suami baru' kurang arif perasaan perempuan ketika hamil. Emosi yang tak stabil kerana berlaku perubahan hormon.

Trimester Pertama

Awal trimester pertama, saya kurang selera makan. Mungkin itu perkara normal. Dan sepanjang trimester pertama, saya mengalami morning sickness. Malah juga alah terhadap bau. Hinggakan suami terpaksa tukar bedak yang dipakainya kerana saya tak tahan dengan bau bedak kegemarannya. Kesian pula bila teringat balik (“,).

Trimester Kedua

Bila dah masuk trimester kedua baru ok sikit. Masa tulah mula berselera. Hinggakan saya simpan stok makanan dalam bilik kami supaya mudah makan bila terasa lapar. Untuk memastikan bayi dalam kandungan sihat, selain dari mengamalkan pemakanan yang sihat, saya turut mengambil suplemen - antaranya kalsium dan multi vitamin. Saya juga ambil 2 gelas susu sehari, itu memang minuman kegemaran saya. Alhamdulillah, sepanjang kehamilan saya tidak ada masalah selain morning sickness, dan tak ada masalah sakit belakang atau cramp disebabkan cukup pengambilan kalsium.

Trimester Ketiga

Masa ni berat badan bertambah semakin banyak. Takut pula rasanya. Macam manalah nak slim balik nanti.. Tapi, walaupun perut dah semakin membesar, saya tak kisah kalau naik motor untuk ke mana-mana. Saya suka naik motor dengan suami, romantik. Tapi suami kata, kena beli kereta juga sebab nanti takkan nak bawa anak kami naik motor, bahaya. So, tak dapatlah nak naik motor lagi lepas nie.. :(

Stunt Ibu Mengandung

Weekend saya selalu jer keluar jalan-jalan dengan suami. Dating la katakan.. Dulu sebelum kahwin tak pernah pun berjumpa, apatah lagi keluar berdating. Bercakap pun sekadar dalam telefon, tupun kalau betul-betul ada urusan penting. Ada sekali tu saya buat stunt kat Low Yat. Alhamdulillah tak jatuh. Hari tu kami keluar bersama kawan, sajer nak pusing-pusing kat Low Yat. Sebab ramai sangat orang, kami pun terpisah dari kawan. Suami saya ingatkan dia dah turun, so kami turun lah dengan escalator. Tengok-tengok, kawan tu ada kat atas lagi. Suami saya pun lari balik naik atas. Bila saya tengok, saya pun terus ikut tanpa berfikir panjang. Fuh.. bahaya betul. Nyaris-nyaris nak jatuh. Tapi Alhamdulillah la tak jatuh. Kalau tak, bukan saja boleh membahayakan kandungan, free-free dapat malu..

Selusuh Dan Salindah

Saya dijangka akan bersalin hujung bulan Mac 2004, genap setahun usia perkahwinan kami. Kebetulan kakak ipar saya bersalin pada bulan Dec 2003, beberapa bulan sebelum tu. Dia ambil set lengkap bersalin Salindah. Tapi memandangkan dia bersalin caeser, maka dia berikan saya 3 botol ceraian Salindah (B4, B5 dan B6 - untuk membantu memudahkan proses bersalin) yang tak digunakannya. Itulah pertama kali saya mengenali Salindah. Kira-kira sebulan sebelum bersalin, abang saya yang sulung pula membuatkan air, kurma dan minyak selusuh untuk saya. So, sepanjang tempoh menunggu untuk bersalin, saya mengamalkan selusuh sambil turut mengambil Salindah. Tapi, suami dan mama selalu berpesan, kedua-dua selusuh dan Salindah hanyalah ikhtiar sedangkan hanya kepada Allah tempat kita bergantung. Saya juga khuatir kalau-kalau terlalu bergantung kepada ikhtiar. Alhamdulillah, ada suami dan mama yang selalu beri peringatan.

Persiapan Bersalin

Kira-kira sebulan sebelum tarikh jangkaan bersalin, mama dan kakak saya menyuruh saya supaya packing pakaian saya serta baby di dalam sebuah beg kecil. Ia memudahkan saya ketika tiba saat untuk bersalin nanti. Saya hanya perlu mengambil beg tersebut untuk dibawa ke klinik. Dengan itu saya tak perlu tergesa-gesa packing dan saya tak kan tertinggal apa-apa.

Pilihanraya Umum 2004

21 Mac 2004, Pilihanraya Umum dijalankan. Saya turut turun mengundi walaupun ketika itu sedang sarat. Mama bagi tau, kalau tak larat, saya boleh minta kerusi roda. Isy, malu ah.. Saya dan 2 orang kakak serta mama ke tempat membuang undi seawal mungkin kerana tak nak bersesak dengan orang ramai. Sempat juga masuk TV. Tapi hanya wajah kakak saya jer yang sempat dirakam. Glamour kejap.. Syukur Alhamdulillah saya tak mencipta sejarah dengan ‘terberanak’ kat tempat mengundi (“,). Kalau tak, mesti heboh satu kampung. Malu..malu..

Tanda Nak Bersalin

Keesokannya, mama agak sibuk dengan kerja mengemas kini bilik gerakan. Jadi, sepanjang pagi dia tidak berada di rumah. Sedang saya berehat sambil menonton TV, tiba-tiba terasa seperti ada cecair yang mengalir di paha. Isy.. air apa ni? Takkan air ketuban kot! Camni ke gayanya nak beranak? Macam-macam persoalan berlegar dalam fikiran. Saya terus menelefon mama. Dia suruh saya bersiap-siap untuk ke klinik. Saya kemudiannya menelefon suami yang ketika itu berada di Kelantan kerana pulang untuk mengundi.

“Ayang nak abang gi sana ker?”
“Takyah la kot. Lambat lagi kot nak bersalin. Abang balik KL la
dulu.”

Masa tu suami saya dah nak bertolak balik ke KL dengan kawan-kawan dia sebab esok kerja. Sekembalinya mama ke rumah, dia terkejut kerana saya masih belum bersiap. Bila ditanya, saya cakap tak de rasa sakit lagi. Mama tetap menyuruh saya ke klinik.

Baby Post-Pilihanraya

Kira-kira jam 3pm, kami tiba di klinik. Setelah diperiksa, doktor mengatakan bahawa jalan telah terbuka sebanyak 2 cm. Dia menganggarkan lebih kurang 8-9 jam lagi baru saya akan bersalin, iaitu tengah malam nanti. Rasa menyesal pulak suruh suami saya balik ke KL tadi. Saya pun cuba menelefon suami, tapi malangnya takde line coz dia sedang dalam perjalanan ke KL. Rasa-rasanya dia ada kat sekitar Gua Musang kot masa tu. Dalam kul 5pm, saya mula rasa sakit. Dan Alhamdulillah, masa tu mama saya berjaya menghubungi suami saya. Memang betul la dia ada kat Gua Musang. Dia pun menaiki bas terakhir ke Pasir Mas dan membiarkan kawan-kawannya membawa kereta kami ke KL. Ingatkan suami saya sempat ke klinik sebelum saya bersalin. Rupa-rupanya tak sempat coz tepat jam 7.23pm, ketika azan maghrib dilaungkan, saya selamat melahirkan puteri sulung kami. Betul-betul sehari selepas pilihanraya. Mama saya yang mengazankan cucunya kerana suami saya lambat lagi nak sampai. Doktor dan nurse yang bertugas semuanya cakap saya bersalin awal. Kata mereka, biasanya anak pertama mengambil masa 10 jam untuk dilahirkan. Patut la time saya sedang meronta kesakitan tadi nurse buat tak endah jer. Siap duduk berborak lagi kat depan bilik saya. Sabar jelah..

Permata Hati Kami


Alhamdulillah berkat pertolongan Allah melalui selusuh dan Salindah serta berkat doa dari suami dan kedua ibu bapa serta mertua, saya selamat melahirkan permata hati kami secara normal, mudah dan cepat. Tepat jam 12 tengah malam, suami saya bersama kedua mertua saya tiba di klinik. Kata mak mertua, saya tak nampak macam baru lepas bersalin kerana kelihatan cergas. Alhamdulillah.. syukur rasanya kerana sihat. Cuma tadi lepas keluar dari bilik bersalin rasanya sejuk sangat, macam baru keluar dari peti sejuk. Inilah pengalaman pertama saya hamil dan melahirkan. Sampai bila-bila pun saya takkan lupa. Macam-macam perkara menarik dan kelakar serta menyedihkan yang berlaku sepanjang kehamilan saya. Tapi, setelah selamat melahirkan puteri kami yang comel, segalanya rasa berbaloi. Kira-kira 2 minggu selepas melahirkan, barulah kami mendapat nama yang sesuai untuk puteri kami, Aisyah Nurina, salah satu nama yang dicadangkan oleh sahabat karib suami saya.

Wassalam..
Najdah Mohammed Hussain
Jun 9,2008
12:25pm

Monday, June 9, 2008

Kahwin Awal


Di kalangan adik beradik, saya boleh dikatakan antara yang berkahwin ketika usia muda, iaitu ketika berusia 22 tahun. Tapi kakak saya lagi muda, 21 tahun (“,). Mungkin bagi sesetengah orang, 22 tahun bukanlah usia muda untuk berumah tangga, kerana ramai yang berkahwin ketika usia lagi muda daripada itu, malah ada yang berkahwin ketika usia baru mencapai 20 tahun. Itu tidak menjadi masalah sekiranya fikiran sudah matang dan diri sudah bersedia untuk memikul tanggung jawab sebagai seorang isteri.

Belum Tamat Pengajian

Ketika saya berkahwin, saya masih lagi menuntut di universiti dalam semester enam (semester akhir pengajian diploma). Tapi disebabkan saya hanya mempunyai satu paper, maka saya mengikut suami saya yang bekerja di Kuala Lumpur untuk tinggal di sana. Setiap hujung minggu, kami akan pulang ke Kelantan kerana saya perlu menghadiri lecture. Ketika itu, kami banyak menghabiskan duit untuk membeli tiket. Alangkah leganya kami setelah saya tamat pengajian. Kami boleh menjimatkan duit dan membelanjakannya ke atas benda yang lebih penting.

Susah Senang Bersama

Semasa kami berkahwin, suami saya baru sahaja memulakan pekerjaannya di sebuah syarikat swasta selama 3 bulan kerana dia baru sahaja graduate. Jadi, simpanannya tak banyak dan gajinya ketika itu tidak membolehkan kami untuk menyewa sendiri. Kami menumpang di rumah nenek suami saya di Gombak. Tapi, dia jarang berada di rumah kerana selalu tinggal di rumah anak-anaknya. Hidup kami ketika itu agak susah, tapi saya bersyukur kerana kami dapat menghadapinya bersama.

Low Cost ‘Honey Moon’


Selalunya pasangan yang baru berkahwin akan pergi berbulan madu untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Kebiasaannya tempat yang menjadi pilihan adalah tempat-tempat percutian yang menarik. Tapi memandangkan kami tidak mampu untuk berbuat demikian, maka kami hanya berbulan madu di Taman Tasik Titiwangsa. Walaupun bunyinya tak menarik, tapi bagi kami, asalkan dapat berjalan berdua di waktu malam, disimbahi cahaya bulan, dihidangkan dua biji roti Gardenia, sesikat pisang berangan berserta dua kotak air (“,), itu sudah memadai, sudah cukup romantik. Yang penting, kami mempunyai antara satu sama lain.

Tanggung Jawab

Walaupun sudah berusia 22 tahun, tapi saya masih lagi bersikap kebudak-budakan. Bila sudah bergelar isteri, banyak yang perlu saya pelajari dan banyak tanggung jawab yang perlu saya pikul. Alhamdulillah suami saya banyak membantu mengajar saya apa yang perlu dilakukan untuk memastikan rumah tangga kami aman dan damai. Apa yang penting, kami banyak bertoleransi dan berbincang tentang kekurangan masing-masing. Alhamdulillah, dengan memahami tanggung jawab masing-masing dan saling membantu serta bertoleransi antara satu sama lain, hubungan kami suami isteri dapat dikukuhkan dan berkekalan sehingga sekarang.

Wassalam..
Najdah Mohammed Hussain
Jun 9, 2008
9:10am

Thursday, May 15, 2008

Belajar Masak Dulu Sebelum Kawin!!




"Sebelum diijab kabulkan, syariat tetap membataskan, pelajari ilmu rumah tangga, agar kita lebih bersedia, menuju hari yang bahgia, kau tahu ku merinduimu, ku tahu kau menyintaiku, oh kasih, bersabarlah sayang, saat indah kan menjelma jua, kita akan disatukan, dengan ikatan pernikahan...."

Bila dengar nasyid ni, teringat balik time mula-mula kawin. Memang betul la sebelum kawin banyak perkara yang nak kena belajar, especially memasak (",). Sebelum kawin dulu, bila mama suruh pergi kelas memasak, degil. Konon-konon boleh la masak coz masa muda-muda dulu pernah 'tengok' mama, kakak dan abang (abang saya pandai masak. Not bad for a guy!) memasak. Tengok je lah, tak masak pun. Lagipun, apa yang susah sangat kan. Buat kek dan biskut pun boleh, takkan masak tak boleh kot, fikir saya masa tu. Saya ni memang sejak budak-budak kurang berminat sikit bab-bab memasak, tapi kalau bab buat kek atau biskut, tak payah suruh pun nak buat. Ala.. dah tak minat memasak, nak buat macam mana kan.. Ingat kan senang, rupa-rupanya..mak oii..punya lah susah! (susah la bagi yang tak biasa memasak).


Malu Kat Suami


First-first tu rasa malu la jugak kat suami kan, sebab sebelum kawin cakap boleh memasak (boleh, bukan pandai). Tapi lepas tu bila fikir balik, kenapa nak rasa malu, suami sendiri, mengaku jelah. Lagipun bukannya tak boleh memasak, boleh, cuma tak pandai jer (",). Bila masak, jadi tu jadi, bukannya tak boleh makan, tapi....masakan yang takde nama dan rupa lah. Kalau tetamu datang pun malu nak hidang. He..he..


Jalan Penyelesaian


Lepas tu barulah kalut nak mencari buku resipi. Macam-macam buku beli, dari aneka masakan cina, masakan gerai, masakan kampung hinggalah masakan barat. Tapi..ada satu masalah. Nak masak satu jenis, punyalah banyak bahan dia. Masa tu kan baru kawin, duit nak survive hingga hujung bulan pun A-lillah sekadar mencukupi, dah la saya tak kerja, so macam mana nak beli bahan-bahan yang bukan saje banyak, mahal pulak tu!!. So, simpan je lah dulu buku tu semua. Lagipun, hidup berdua ni lebih jimat makan kat luar. Letih pun kurang. Selamaat.... (",)


Tapi, itu tak bermakna tak perlu belajar. Walaupun masa tu tak perlu sangat memasak, tak bererti sampai bila-bila pun tak payah pandai. Bila dah ada anak nanti, kena jugak memasak. Macam la sekarang ni. A-lillah, atas kerajinan saya untuk belajar dari buku resipi, dan juga kerajinan suami saya menggesa (",), akhirnya saya boleh memasak pelbagai jenis masakan. So, bila ada tetamu saya tak lagi rasa malu nak memasak.
So, kesimpulannya, sebelum kawin make sure pandai memasak. Tapi, rasa-rasanya saya jer yang tak minat dan tak pandai memasak kot (",).

Wassalam..

Wednesday, May 14, 2008

Kungfu Panda


Untuk makluman semua, Kungfu Panda akan ditayangkan di pawagam pada bulan Jun ini.

Tengok dia punya Trailer, best giler siut! he he he... saja testing blog... jangan ambik hati... (",)

We'veBeenTogetherFor...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers